Penglibatan politik Armizan Mohd Ali

Armizan Mohd Ali memulakan penglibatan politik dengan menyertai Parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Beliau pernah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Papar[1], Exco Pemuda UMNO Malaysia[2][3], Pengerusi Biro Politik dan Pidato Pemuda UMNO Malaysia[4] dan Pembantu Khas Kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Seri Hishammuddin Hussein[5].

Pada Kempen Pilihan Raya Umum Malaysia Ke - 14, Beliau telah di lantik sebagai Ketua Sekretariat Manifesto Orang Muda Pemuda BN Sabah[6].

Namun begitu, beliau telah meninggalkan UMNO pada 2019 lalu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor sebagai pengerusi PPBM Sabah.

Armizan Mohd Ali menjadi Setiausaha Eksekutif Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah dari 6 April 2019 hingga 2020[7][8] dan Naib Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah dari 2020 hingga kini[9].

Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia iaitu Datuk Seri Rina Harun[10] bermula dari 24 April 2020 hingga 16 Ogos 2021.

Armizan Mohd Ali juga merupakan Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Menteri Sabah YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor[11].

Rujukan

WikiPedia: Armizan Mohd Ali http://pru14.bernama.com/newsbm.php?id=1460595 http://qhazanahsabah.com.my/bod https://www.astroawani.com/berita-malaysia/khairy-... https://m.malaysiakini.com/news/522368 https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo... https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo... https://suarasabahtoday.com/local/edar-borang-pemo... https://suarasabahtoday.com/local/ngo-bantu-anak-a... https://suarasabahtoday.com/local/pasukan-pengalat... https://www.theborneopost.com/2010/10/03/muhyiddin...